Taman-taman yang sesuai untuk jogging di Kota Kinabalu
Saya biasanya jogging di taman-taman seperti Tun Fuad @ Bukit Padang, Taman komplex sukan Likas, Taman Perdana Tanjung Aru, Grace Point Sembulan, Taman Ujana Rimba Tropika dan Taman Teluk Likas.
Setiap taman mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri seperti lorong jogging yang berbeza bahan buatannya.
Alam persekitaran yang berlainan, tumbu-tumbuhan dan lain-lain.
Ciri-ciri yang berlainan ini memberi pengalaman yang berbeza setiap kali jogging di taman-taman ini.
Lorong berbasikal dan jogging Taman Teluk Likas, Kota Kinabalu

Lorong berbasikal dan jogging Taman Teluk Likas, Kota Kinabalu adalah yang terpanjang di Sabah ( 4.3KM ).
Lorong yang terbaru dibena di Kota Kinabalu menjadi tumpuan para pelawat.
Joging, berbasikal atau berehat sambil menikmati pemandangan yang cantik serta angin yang segar
Track jogging Komplek Sukan Likas

Track jogging Komplek Sukan Likas sangat leber. Track ini mengelilingi sebuah tasik yang cantik.
Taman ini dipenuhi dangan berbagai jenis pokok dan tumbuhan.
Suasananya yang tenang dan nyaman memang sesuai untuk jogging.
Taman Perdana Tanjung Aru

Taman Perdana Tanjung Aru terletak di kawasan yang strategik.
Terletak berhampiran dengan pantai tanjung Aru yang memang terkenal dan Hotel Shangri-la Tanjung Aru Resort menjadikan taman ini tempat yang senang dikunjung oleh pelawat dalam dan luar negeri.
Grace Point Sembulan

Grace Point Sembulan mempunyai track jogging yang kecil, mempunyai banyak pokok-pokok serta dijaga dengan baik.
Ia terkenal dengan kedai-kedai makan yang bersih dan menyediakan pelbagai jenis makanan.
Terletak di kawasan perumahan, berhampiran dengan supermarket dan kedai-kedai. Ia juga hampir dengan Sutera Harbour Resort.
Taman Ujana Rimba Tropika

Taman Ujana Rimba Tropika sentiasa dikunjungi oleh pelawat-pelawat tempatan yang ingin jogging atau bersenam ringan.
Taman ini dipenuhi oleh pokok-pokok dan bunga-bungaan.
Track jogging agak kecil tetapi terdapat ruang yang luas dan terbuka di tengah-tengah taman.
Taman Tun Fuad Stephen @ Bukit Padang

Taman Tun Fuad Sephen track jogging mengelilingi tasik yang cantik persekitarannya penuh dengan pokok-pokok dan tumbuhan.
Anda juga boleh mendaki puncak bukit sejauh 0.8km.
Di kawasan bukit ini sangat popular bagi aktiviti mountain bike dan trekking.
Running at fitness club or gym in Kota Kinabalu.
Core Fitness

One Day RM30
Mon-Fri 7pagi-10malam
Sat-Sun 8pagi-8malam
Public Holiday 10pagi-6malam
S?1?5, 1F, Block B, City Mall
ALLFITT

Walk in RM35
Mon-Fri 7pagi-11malam
Sat-Sun 8pagi-8malam
Public Holiday 9pagi-6malam
Level2, Blue7, JLN Penampang