Taman Tun Fuad Stephen @ Bukit Padang
Taman Tun Fuad Stephen yang juga dikenali sebagai Bukit Padang terletak 5km dari Kota Kinabalu.
Sangat popular bagi pelawat tempatan yang ingin melakukan pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi. track jogging ini mengelilingi tasik sejauk 2.2km.
Track ini mempuyai persekitaran yang menarik, ia juga agak mencabar kerana tracknya mempunyai cerun turun naik. Terdapat banyak ikan dan kura-kura di dalam tasik. Kadang kala boleh terserempak kura-kura ketika jogging di track ini.
Pokok-pokok yang banyak di sepanjang track memberikan perlindungan yang baik walaupun pada tengah hari. Hampir setiap hari kumpulan tarian dan Tai Chi dapat dilihat di taman ini.
Hujung minggu biasanya sangat ramai pengunjung yang datang oleh itu saya lebih suka mendaki bukit pada hari tersebut.





















Track ke puncak Taman Tun Fuad Stephen @ Bukit Padang.
Berlari atau trekking ialah aktiviti yang paling saya gemari di sini. Terdapat 5 track menuju ke puncak bukit. Jarak ke puncak lebih kurang 1km.
Barbagai aktiviti yang boleh dilihat di sepanjang track menuju ke puncak seperti. Trekking, mountain bike, membawa binatang peliharaan,mengambil gambar dan sebagainya.
Pemandangan dari puncak bukit ini sangat menarik. Kita boleh melihant pemandangan persekitaran Kota-Kinabalu, Gunung Kinabalu dan Kepulauwan Taman Tunku Abdul Rahman.
Pulau Mangalun Dan Pulau Tiga juga dapat dilihat sekiranya cuaca cerah.

