Tips jogging di Kota Kinabalu, Sabah
Di Kota Kinabalu banyak terdapat taman-taman yang mempunyai track jogging.
Sesetengah taman mempunyai banyak pokok-pokok yang melindungi track jogging daripada pancaran matahari. Kebanyakan taman-taman terletak di kawasan tasik dan laut menjadikan taman-taman ini lebih menarik dan cantik.
Masa yang terbaik untuk jogging di Kota Kinabalu
Masa yang terbaik untuk jogging ialah pada awal pagi dan lewat petang dimana cuaca lebih sejuk dan selesa pada waktu ini, terutamanya pada waktu pagi.
Di Kota Kinabalu matahari terbit pada jam 6pagi-6.30pagi dan matahari terbenam pada 6petang-6.30petang.
Hujung Minggu
Hujung minggu sentiasa sibuk dengan pelawat yang datang melakukan pelbagai aktiviti riadah. Track jogging biasanya agak sibuk.
Berhati-hati ketika jogging terutama sekali dengan pelawat kanak-kanak dan warga tua.
Tempat letak kereta
Jangan tingalkan barangan di dalam kereta kerana ini mungkin akan mengundang penceroboh memecah masuk ke dalam kereta.。

Cuaca di Kota Kinabalu
Musim hujan/musim kemarau. Pada umumnya cuaca sentiasa cerah dan panas. Hujan akan turun pada bila-bila masa sahaja, biasanya terdapat amaran awal seperti awan hitam, angin kencang dan ribut petir. Terdapat dua jenis monsoon ( musim hujan )
May-Sept; Musim hujan, angin Timur Laut.
Oct-march; Musim hujan, angin Barat Daya.
Jogging dengan kawan
Jogging dengan kawan adalah lebih seronok walaupun saya biasanya jogging sendirian. Dapat berbual dan untuk keselamatan diri terutamanya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Pakaian semasa jogging
Pakaian yang sesuai semasa jogging haruslah selesa. Baju dan seluar yang diperbuat daripada bahan seperti nylon, wool, lycra atau coolmax adalah sangat sesuai kerana peluh tidak melekat pada bahan ini dan ia akan kering dengan cepat.
Panaskan badan terlebih dahulu
Panaskan badan terlebih dahulu sebelum jogging seperti berjalan sambil lutut naik tinggi dan melakukan stretch pada otot-otot selepas jogging untuk mengelakkan kecedraan.
Minum air secukupnya
Minum sedikit air sebelum, semasa dan selepas jogging agar badan sentiasa segar dan tidak mudah letih akibat kekurangan air dalam badan.
Ads
Sunglasses
Sunglasses bukan sahaja melindungi mata daripada sinaran terik matahari tetapi juga mengelakkan daripada debu dan seranga kecil masuk di mata ketika jogging.

Beg pinggang
Saya belalu jogging mengunakan beg pinggang untuk menyimpan air, kunci kereta, hp, ic dan wang kecil. Ia dapat memudakkan anda jogging dan tidak mudah tercicir.
Kertas tisu
Pastikan kertas tisu ada jika anda biasa pergi ke tandas sebelum jogging.