Taman Perdana Tanjung Aru
Taman Perdana Tanjung Aru mempunyai permukaan track jogging yang lembut dan berkualiti tinggi.
Taman yang seluas 18 ekar ini dilengkapi dengan sistem CCTV dan mempunyai pagar yang tinggi di sekeliling taman. Terdapatbanyak pokok-pokok di taman ini, walaupun ia kebanyakannya masih muda tetapi cukup memberikan lindungan daripada matahari dan ia dijaga dengan baik.
Jogging di sini memang syoklah!! lebih-lebih lagi kualiti permukaan track yang begitu berkualiti tinggi. Tidak sakit kakibah. Taman ini juga menyediakan air minum yang ditapis secara percuma. Hujung minggu ialah hari yang sibuk dengan pelawat yang datang di taman ini.
Awas jangan terlangar dengan budak-budak terutama sekali di dekat kawasan permainan. Salah satu tarikan di sini ialah air pancut berirama. Ia menarik ramai pengunjung dari dalam dan luar negeri. Ia dimainkan pada setiap petang bermula dari jam 7malam hingga 9malam.


















